Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah
rendah , murid dapat memperkaya kosa kata , mempertingkatkan pemahaman
berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi
menyampaikan pendapat , idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran ,
hubungan social kehidupan harian.
Pengajaran dan pembalajaran mata pelajaran Bahasa
Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema
kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat
disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan
disiplin lain lebih mudah diserapkan.bagi tujuan ini , perancangan dan
penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu , hal persendirian dan
isu kemasyarakatan , menghargai warisan , mencungkil daya kreativiti dan
inovasi dalam diri murid serta isu – isu semasa . Tema yang ditekankan adalah
seperti yang berikut : -
Kekeluargaan
Tema
kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas
dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid – murid sekolah rendah
menghargai setiap ahli keluarga.
Kesihatan dan Kebersihan
Tema
kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal ,
mental dan sosial diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat
pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan dan amalan agay
hidup sihat.
Keselamatan
Tema
keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika
berada di pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya
dapat member kesedaran agar mengutamakan keselamatan.
Kebudayaan , Kesenian dan Estetika
Tema
ini merangkumi elemen – elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Selain itu, tema ini sesuai
diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid
sebagai asas pembentukan jati warga Malaysia.
Kemasyarakatan
Tema
kemasyarakatan ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan
pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama.
Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah kebangsaan rendah agar dapat melahirkan
masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Perpaduan
Tema
perpaduan merujuk kepentingan hubungan
erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia.
Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan.
Jati Diri , Patriotisme dan
Kewarganegaraan
Tema
ini merujuk keupayaan murid menlahirkan keperibadian insane yang seimbang dari
segi fizikal mental , emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan
sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai juga diajarkan kepada murid
untuk melahirkan masyarakat madani yang mempunyai semangat kekitaan dan setia
kepada raja dan negara.
Ekonomi
Tema
ekonomi mendedahkan murid perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam
menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini memupuk kesedaran
tentang kepentingan bidang ekonomi dalam kehidupan.
Pertanian
Tema
pertanian mendedahkan murid perihal asas – asas pertanian secara tradisional
dan moden. Tema ini juga memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian
dan bioteknologi pertanian dalam kehidupan.
Sains , Teknologi dan Inovasi
Tema ini merujuk ilmu pengetahuan yang beratur
atau sistematik yang boleh diuji , dibuktikan kebenarannya dan dapat
menghasilkan sesuatu yang baharu. Ini dapat melahirkan murid yang berupaya
menjana idea untuk menghasilkan yang berinovasi.
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema ini merujuk keupayaan murid menjaga dan
mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia , haiwan serta
tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Murid akan cinta dan
prihatin akan alam sekitar dan teknologo hijau.
Pengetahuan kandungan dalam Bahasa Malaysia amat menyeluruh. Semua tema yang diajar amat sesuai untuk murid-murid kita.
BalasPadamYa~terima kasih cikgu memberikan ulasan!
BalasPadam