Dalam Kemahiran Bahasa Malaysia meliputi kemahiran mendengar , kemahiran bertutur , kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
Kemahiran
Mendengar
– merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami dan menghayati
secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan , serta
dapat memberikan respons.
Kemahiran
Bertutur -
merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat , pendapat , perasaan serta idea yang kreatif dan kritis
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan
juga diberikan pada penggunaan tatabahasa
yang betul.
Kemahiran
Membaca
- merujuk keupayaan murid membaca dengan
sebuatn , intonasi , jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan
pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid juga berupaya menghayati
teks yang dibaca.
Kemahiran
Menulis - merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan
melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui. Penekanan perlu diberikan
pada penggunaan ayat yang gramatis , tanda baca dan ejaan yang betul serta
tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativitinya
untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan
kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan
prosa , puisi dan grafi.
Aspek Seni Bahasa
juga sangat penting. Aspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami ,
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur.Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa
dari segi pembentukan ayat yang menggunakan simile , peribahasa , bahasa kiasan
dan personifikasi yang terdapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan
penulisan.
Aspek tatabahasa
merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam
konteks yang diajarkan secara terancang.
Selain itu, sistem
bahasa juga merangkumi tatabahasa , sistem ejaan , sebutan dan intonasi , kosa
kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan
bahasa Melayu baku.
Selain daripada empat jenis kemahiran Bahasa Malaysia ini, adakah kemahiran Bahasa Malaysia yang lain? Jika ada, bolehkah Cikgu Eu letakkannya di dalam blog anda?
BalasPadam