Selasa, 11 Disember 2012

NOTA KESALAHAN TATABAHASA



Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai himpunan peraturan umum struktur bahasa yang merangkumi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa mempunyai konsep dan hukum yang perlu dipatuhi oleh penulis atau penutur dalam memastikan penggunaan bahasa ayng betul dan tepat.Terdapat 4 kesalahan penggunaan tatabahasa dalam bilik darjah yang saya mengajar iaitu kelas 2P. Saya akan menyatakan 4 kesalahan dan analisis tentang kesalahan tersebut.

Kesalahan  pertama dalam tatabahasa ialah kata ganti nama diri “ kami ” dan “ kita ”. Murid saya tidak dapat membezakan dua kata ganti nama diri ini dalam situasi atau ayat tertentu. Jadi, saya telah membuat analisis tentang kesalahan ini.Saya akan terangakan kepada murid, kata ganti nama diri yang digunakan untuk menggantikan nama manusia , kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis iaitu, kata ganti nama pertama, kata ganti nama kedua, kata ganti nama ketiga. Kesalahan “ kami ” dan “  kita ”ialah kata ganti nama diri pertama, juga dikenali kata jamak. Saya telah membuat bezaan antara kami dan kita kepada murid saya dengan nota yang berikut : -
* Kami – merujuk diri orang yang berkata serta beberapa orang lain apabila berkomunikasi atau    
                bercakap dengan orang kedua.
   Cth: Ali dan Abu berkata kepada Alex, “ Kami baru sahaja balik dari sekolah. ”
* Kita – merujuk diri orang yang bercakap termasuk orang yang diajak bercakap atau orang yang
              mendengarnya.
   Cth:  Kita mestilah belajar bersungguh- sungguh. 

Kesalahan kedua dalam tatabahasa ialah kata sendi “ dari ” dan “ daripada ”. Murid saya tidak dapat bezakan kedua- dua kata sendi ini. Saya telah menyatakan maklumat yang jelas dan mudah supaya murid saya dapat memahami “ dari ”dan “ daripada ”. Keterangan seperti berikut :-
*      Kata sendi berfungsi sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain yang ada berkaitannya dalam sesuatu ayat.
*      Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat atau boleh berfungsi sebagai predikat ayat.
*      Setiap kata sendi mempunyai fungsi yang berbeza.

* dari – kata sendi nama “ dari ” hanya digunaka untuk merujuki arah , tempat , dan masa.
Cth:  Saya berasal dari negeri Pahang.
*Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit yang tidak bernyawa,
  sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak kecuali masa.
daripada
1.
kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera.

2.
kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia.

3.
kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu.

4.
kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya.

5.
kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%.

6.
kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh.

Kesalahan tatabahasa ketiga ialah murid tidak dapat bezakan “ memberi ”dan “ memberikan ”. Kefahaman saya tentang kedua-dua perkataan ini ialah merupakan kata kerja transitif yang perlu disambut oleh objek. Kata kerja transitif 'memberi' diikuti oleh objek penerima seperti "Ayah memberi anaknya wang" ("anaknya" sebagai objek penerima), sementara kata kerja transitif 'memberikan' diikuti oleh objek bergerak atau objek yang diterima, seperti "Ayah memberikan wang kepada anaknya" ("wang" sebagai objek bergerak atau objek yang diterima). Banyak kesilapan yang dapat ditemukan dalam tulisan, seperti "Dia memberikan saya maklumat itu" (seharusnya "Dia memberi saya maklumat itu" atau "Dia memberikan maklumat itu kepada saya"). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul persoalan "kepada siapakah saya diberikan"? Dalam bentuk pasifnya, sering ditemukan kesilapan seperti "Saya diberikan peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" (seharusnya "Saya diberi peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" dengan makna 'saya diberi peluang'). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul pertanyaan "kepada siapakah saya diberikan"?

Kesalahan tatabahasa yang ketempat ialah kata hubung “  kerana ” dan “ sebab ”. Bagi perkataan “ kerana  ” dan “ sebab ”adalah maksud yang sama , jadi murid tidak dapat membezakan kedua-dua perkataan ini dalam situasi atau ayat yang tertentu. Saya telah menganalisis akan kedua-dua perkataan ini dengan mudah dan jelas. Kata “ kerana” ialah kata hubung manakala “ sebab ” ialah kata nama. Kata “ sebab ” boleh berfungsi sebagai kata hubung jika didahului dengan kata oleh menjadi oleh sebab. Contoh ayat seperti berikut :-
v  Dia tidak dapat datang sebab tangannya sakit. ( salah )
Dia tidak dapat datang kerana tangannya sakit. ( betul )
v  Ali tidak dapat datang oleh kerana tangannya sakit. ( salah )
Ali tidak dapat datang oleh sebab tangannya sakit. ( betul )





2 ulasan:

  1. Cikgu Eu boleh letakkan lebih banyak nota kesalahan tatabahasa dalam blog anda berserta dengan contoh dan latihannya sekali......

    BalasPadam