EMK yang sedia ada dalam kurikulum lama adalah seperti berikut :-
*Bahasa *Kemahiran
Berfikir
*Pendidikan Alam Sekitar
*Kepimpinan
*Nilai murni *Belajar
Cara Belajar
*Sains dan Teknologi *Patritisme
*Pencegahan Rasuah *Kajian
Masa Depan
*Pendidikan Kepenggunaan *Keselamatan
Jalan Raya
*Pendidikan
Reproduktif,Kesihatan dan Sosial
Bertambahan EMK dalam
dokumen Standard Kurikulum iaitu :
Kreativiti
dan Inovasi
Keusahawanan
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Ketiga – tiga EMK
ini sangat penting kerana Pembangunan Negara bergantung kepada Perspektif Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara
Perindustrian. Tun Mahathir juga benar berkata : “ Masyarakat negara maju
adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan
teknologi ...mestilah boleh mencipta , menambah dan memperbaharui ...”Selain
itu, Model Baru Ekonomi ( MBE ) ialah ciri – ciri keusahawanan dan inovatif
pada tahun 2020. MBE mewujudkan mekanisme untuk membantu kumpulan 40% terendah
menggunakan naluri keusahawanan bagi memula dan mengembangkan perniagaan.Dasar
Utama TMK ,KPM menyatakan bahawa TMK untuk semua dan sebagai mata pelajaran
serta penguapaya dalam pengajaran dan pembelajaran.
EMK ini bertujuan
untuk memberi lebih fokus bagi pembanngunan modal insan yang berfikiran kreatif
, kritis dan inovatif , mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat
menguasai kemahiran TMK.Penerapan EMK kerana kemahiran abad ke -21 , lima
bentuk pemikiran seperti ( Disiplined mind / Synthesizing mind / Creating mind
/ Respectful mind / Ethical mind )amat perlu pada modal insan kita. Matlamat
ketiga – tiga EMK ini adalah mengahsil modal insan berdaya cipta dan
berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti menjadi amalan dan
budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat ,
bangsa , negara dan agama. Selain itu, membentuk ciri – ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi , budaya dalam kalangan murid. Melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat menerapkan budaya keusahawanan. Matlamat TMK
bagi memastikan murid dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas TMK
yang dipelajari.
Pertambahan tiga Elemen Merentas Kurikulum (EMK) amat sesuai pada abad ke-21.Pengajaran & Pembelajaran haruslah merangkumi tiga elemen ini......
BalasPadamYa~ saya setuju dengan pendapat cikgu.
BalasPadam