Sabtu, 8 Disember 2012

Nilai – nilai Murni



Penyerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai –nilai sejagat. Contoh nilai murni seperti berikut : kasih sayang, hemah tinggi , bekerjasama, bertanggungjawab, keberanian, cinta alam sekitar, baik hati, kesederhanaan dan lain – lain lagi.

2 ulasan:

  1. Penerapan nilai-nilai murni amat penting dalam pembentukan modal insan yang berkualiti.Guru-guru haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap Pengajaran & Pembelajarannya.

    BalasPadam